Wednesday, January 22, 2014

MISI TAHUN INI, BERMULA!

ASSALAMUALAIKUM.

Semalam aku masih meneruskan misi aku untuk menurunkan berat badan.
Sekarang ni pun, jadual aku dah tak sama macam dulu.

Sekarang ni, bangun pagi -> pergi kerja -> balik-> makan -> jogging -> balik-> tidur .

Semenjak aktiviti dah berubah ni, aku jarang luangkan masa dengan mak abah. Sedih aku dengar bila abah kata, "Rasa macam kito duo jo dokek rumah nih." Haih, maaf abah mak. Kakcik bukan sengaja, kakcik nak penuhi janji pada diri sendiri.

Tapi bukan itu yang aku nak point kan dekat sini. Aku cuma nak kongsi pengalaman aku sewaktu berjogging. Aku pergi dengan kaklang. Kita orang saling sokong menyokong antara satu sama lain. Nak penuhi misilah katakan. Hee
 
Hari pertama kami jogging dekat lake garden. Hurm, seronok jugaklah sebab cuma kami je dekat situ. Tengah syok-syok berjogging, kaklang ajak patah balik sebab takut ada pakcik sorang nih duduk dalam gelap. Takut pakcik tu ada niat jahat katanya. Merepek tapi berhati-hati.
 
Hari kedua kami jogging dekat taman perumahan je sebab hari tu ada perlawanan bola sepak, kaklang takut nak bawak kereta takut jalan sesak orang ramai pergi stadium dan orang dekat taman perumahan pun tak ramai sebab pergi stadium tengok bola. Tengah syok kami berlari berjalan berlari dan seterusnya berjalan balik, tiba-tiba ada satu suara sumbang.
 
"Hai anje!"
Ada orang mengurat babe. Tapi tak adalah kembang hidung aku ni sebab aku faham sangat dengan perangai orang lelaki. Suka menyakatkan.
 
"Hai aling." 
Hmm, dalam diam kaklang aku menjawab jugak. Nasib perlahan je. Kalau dengar dek budak tu, mahu kena kejar kita orang agaknya lah.

Hari ketiga sama jugak jogging dekat taman perumahan je. Perasaan tak berapa nak best sebab orang ramai duduk rumah, jadi taman riuh. Dan barulah aku tahu yang baris rumah aku ni ada banyak rumah adik bujang. Terasa tua pulak. Kami jogging tak lama pun, rasa tak selesa dengan mata-mata yang melihat susuk kami. Keputusan diambil, 9 tepat kami masuk rumah.

Haa, baru itu pengalaman aku. Itu belum lagi hari-hari yang akan mendatang. Mesti macam-macam ragam lagikan. Tapi tak apa, selagi tidak memudaratkan aku atau kaklang, kami akan tetap berjogging sampailah misi kami berjaya.Doakan kami. Aminn.

Aku rasa serba salah dengan abah semalam.
Aku tinggikan suara -,-
Aku harap abah maafkan aku.
Mulai sekarang, aku akan jaga percakapan
aku dengan mak mahupun abah.
Aminn.








No comments: