Sunday, April 21, 2013

PERGINYA YANG TERSAYANG

Assalamualaikum semua .

Setelah perancangan di buat , maka terhasil lah majlis makan malam penghargaan untuk kelab aku .
Dan ALHAMDULILLAH segala nya berjalan lancar dengan jayanya .

Masa tengah bergembira dengan persembahan dan cabutan bertuah pada malam tu ,
Tiba pulak masa untuk pelajarpelajar yang dirai buat persembahan .

Persembahan yang sangat mengejutkan aku .

Aku menangis !

Persembahan mereka sungguh buat aku sentap .

Mereka akan pergi -_-

Dan 
Aku akan kehilangan mereka .
Kami akan kehilangan mereka !

Lepas je final exam ni , kita orang tak akan jumpa lagi .

Jumaat malam hari tuh , abang Megat buat aku menangis masa tengah tengok wayang .

Dia mintak maaf . 
Pada aku , tak ada sebab untuk dia mintak maaf .
Dia tak akan kacau aku .
Padahal aku selalu harap untuk bergurau dengan dia lagi .

Jumaat malam tu jugak aku menangis sebab video kak Ida !
Sumpah , air mata tak dapat tahan .

PRS telah buat aku menangis untuk pertama kalinya untuk tahun ni !

Menangis sebab aku akan kehilangan mereka .

Dalam video tu , kak Ida tulis ,
'Kalau takut untuk berpisah , jangan pernah memulakan perhubungan'
(Lebih kurang lah)

Bila baca ayat tu aku rasa macam .
Ya ALLAH , sentap nya hati .
Kalian akan pergi !

Di sini jua , memori tercipta bersama kalian .
Walau seketika terjalin kasih kita .

Ini lah mereka yang akan meninggalkan kami di PRS ,


Hanya kerana orang
sayang kan semua , kerana itu air mata ini mengalir .







Kasih sayang kalian akan sentiasa adik mu ini genggam erat sehingga ia sebati di dalam hati .

No comments: