Wednesday, May 22, 2013

MY OPINION ABOUT BOBO

Assalamualaikum peeps !

Well , aku menulis lagi . Itu bermakna aku dalam keadaan sihat sejahtera hendak Nya !
Aku menulis kali ni bukan niat suka suka . Tapi ini pendapat aku pada artis youtube kita . BOBO !

Baru baru ni macam yang kita tahu , Bobo ada buat parody yang baru . Nak di pendekkan cerita , ramai yang kondem dia nih . Ada yang kata Bobo ni memalukan Malaysia , cacat and macammacam lagi .
Memang dulu aku pernah fikir macam sesetengah manusia ni berfikir .

But not anymore . HEHE

Don't know why , but I like to watch his video . Bukan apa , aku rasa yang dia nih ada keyakinan diri yang boleh dikatakan kuat jugak la . Dia berani tonjolkan diri dia walaupun ramai yang menganggap dia memalukan diri sendiri .

Sometimes , sesetengah benda kita kena jugak tengok sudut positif nya . Jangan lah terlalu negatif sangat .

Dari apa yang tafsir kan , melalui sifat dia . Misal kata dia di panggil ke depan perhimpunan , mesti dia tak akan teragak agak untuk tampil kan diri nya .

Aku jugak mentafsirkan bahawa , kita akan rasa seronok apabila kita menjadi diri kita sendiri . Seperti yang dilakukan Bobo . Dia tak takut pada mulut orang , dia buat apa yang dia suka .

Sebab dalam dunia nih , ada sesetengah manusia suka berfikir begini sebelum buat perkara yang dia suka .
;Apa kata orang lain nanti ?' 'Kalau diorang tak suka macam mana ?' 'Betul ke aku nak buat ni , nanti orang mengata pulak .'

Itu adalah contoh contoh manusia yang terlalu memikirkan penilaian orang lain terhadap diri sendiri .

Mana aku tahu ?

Sebab aku pun macam tuh . Aku selalu fikir tentang tanggapan orang lain pada aku sampai aku terlepas benda yang aku suka , benda yang ku inginkan .

Lagi satu , aku rasa dia boleh di panggil penghibur . Nak tahu sebab apa ?

Bila kita tengok parody Shae yang dia buat , kita tergelak .
Parody dia jugak di ambil oleh pelawak untuk membuat lawak .
Parody dia pun ada parody yang dibuat oleh artis lain .

So all peeps , think from the positive side too .

Contoh begini yang paling mudah . Jangan terlalu endah kan kata kata orang lain sedang kita bahagia melakukan benda yang kita suka =D

Manusia memang mudah untuk menilai manusia lain .
Padahal dia tak tahu , dalam dia menilai , dia juga dinilai .
Oleh Penilai kita .


No comments: