Again , its me =D
Hmm , bila kita sebut pasal kawan kan , mesti ramai yang akan cakap "Aku ada ramai" tapi dalam masa yang sama di dalam hati kita akan cakap 'Tapi nak jumpa yang setia susah' , kan ?
Tapi aku bukan nak tulis pasal setianya seorang kawan ke atau keikhlasan hati seorang kawan .
Aku nak tulis tentang seorang kawan lelaki . Nak kata kawan baik tak , nak kata kawan biasa pun tak .
Aku kenal dia masa semester 1 tapi tak berapa nak rapat lagi waktu tu . Pastu , naik semester 2 , dia masuk kelas aku sebab dia tukar kos .
Start dari hari tuh aku mula rapat dengan dia . Tapi rapat nya aku hanya sebagai seorang kawan taw .
Aku suka kawan dengan dia . Sebab kalau dengan dia , aku boleh jadi diri aku sendiri . Cara aku layan dia sama macam aku layan kawankawan perempuan aku .
Tapi entah lah , makin lama aku rasa perangai dia makin melampau . Aku rasa macam dia jadikan aku ni bahan untuk dia melawak dekat dalam kelas !
Aku pun memang suka marahmarah . Tapi marah aku bukan marah betul pun .
Satu hari tuh , aku tengah tensyen nak mati . Tetiba dia panggilpanggil aku . Hati tengah panas kan , aku marah lah dia !
"Nak apa ?!"
Itu yang jawab bila dia panggil aku . Mungkin dia terasa kot . Sejak hari tuh kita orang dah tak bertegur lagi .
Rasa kehilangan ?
Tak payah cakap lah . Sumpah memang terasa !
Sebelum nih pun aku pernah jugak marah dia macam tuh , tapi mungkin waktu tu dia tak rapat sangat kot dengan budak lelaki dalam kelas . Nak pulak , aku marah dia depan A , mungkin waktu tu dia rasa kejantanan dia tercabar kot .
Entah lah . Kalau boleh aku nak terus rapat dengan dia . Tapi entah la , hanya ALLAH je yang tahu perasaan aku bila dia dah tak tegur aku lagi .
Kenapa aku tak tegur je dia ?
Aku pun ada ego . Sorry , I can't .
Itu lah kesilapan aku . Kerana ego , aku biar kan diri aku kehilangan kawan =='
Dia selalu buat aku tersenyum ,
Dia jugak tempat aku marah ,
Aku tak salah kan dia dalam hal ni ,
Sebab aku tahu ia berpunca kerana keegoan aku sendiri ,
=='
Ya ALLAH , Boleh tak kau kembalikan dia ?
No comments:
Post a Comment