Friday, December 13, 2013

IMPIAN KU TERLAKSANA , ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum semua .

Alhamdulillah , doa ku dimakbulkan ALLAH MAHA BESAR .

Impian untuk melakukan kebaikan kepada orang lain telah aku tunai kan . Walaupun tak seberapa besar nilainya , namun aku bersyukur sangat sebab diberi peluang .

Rezeki untuk dikongsi sama ada banyak atau sikit , yang pentingnya adalah hati .

Ikhlas atau tidak .

Dengan sedikit sumbangan yang aku dan keluarga hulur kan , semoga dugaan yang ditanggung mereka akan berkurangan .

InsyaALLAH , Aminn .

Bukan pujian yang ku ingin kan , tapi hanya sedikit pahala dari insan yang memerlukan . 

ALLAH makbul kan doa aku dengan sekelip mata . Walaupun tadi banyak sangat cubaan yang kami tempuhi.  Alhamdulillah , abah masih tenang walaupun terkejar kejar. 

Benar lah kata orang , semakin kita cuba untuk melakukan kebaikan , semakin banyak ujian untuk kita tempuhi .

Sungguh pun ujian yang ku terima tadi hanya lah kerana masa , ia tetap ujian yang bererti sekali . Kerana walau ujian mendatang , kami tidak mengalah.

Hanya kerana kebaikan :D

No comments: